Photobucket Photobucket Photobucket

Final Exam For The Last !

Super Duper Exam week =-=

# Ethics Management
15 MEI 2012
9.00 a.m-11.30 p.m

# Human Resources
18 MEI 2012
3.00 p.m-5.00 p.m


Bergerak sendiri?

is listening to;Stronger-Kelly Clarkson

 Hauuuuchhuummmmm...Fuhhh..Dah lama gila aku tak update.Buka blog dah tercari-cari mana la dashboard. hikhik..
April fooollll update tak menyemak pun dekat blog nie..maaf wahai blog.=-=
Semenjak aku dah berpindah ke rumah sewa baru nie..serious tak punya masa..balik kelas,tido and pergi kelas..Ohh ya.sekarang aku dah berada di semester 5 dan tak lama lagi dah nak final ! gila cepat kan.=-=
Tapi alhamdullilah semua prensention dah selesai and mulai sekarang dah kena buat notes and hafal untuk final on 15th and 18th May nie.Okey serious cuak. =-=

Eh! ceeeritaa atas macam dah lari tajuk kan.Actually nak share pengalaman semalam. Semalam aku rasa,aku berjaya bergerak sendiri pergi ke KL.Oyeaah bukan nak heboh pe tapi bagi aku,aku nak kata"cayalah" sebab boleh bawa dua insan yang lain tanpa sesat . hikhik.Pegi jalan-jalan sampai kaki penat . hehe..Sampai hari ne rasa confident tu tinggi.Ada sesetengah orang cakap "kalau kita tak percaya pada diri,tak akan dapat apa yang kita hajati".kan..kan ? :)

So dari sekarang aku dah tanam semangat tu lagi tinggi dari dulu..oyeaahhh :)

Eh ! Semalam baru berkesempatan breakfast dekat MCD ! Gila sedap even frust sebab bukan RM 2.99 !


#with dua insan tu..wanie and azmi :)


p/s:wooot..wooot..lepas nie boleh jalan-jalan sendiri tanpa susah kan orang lain.Sekarang simpan duit and shopping..hikhik ;D

Terima Kasih Mac !

"Di antara bulan pada tahun ini ialah bulan paling indah dalam hidupku"

# Bulan yang memberi aku 1000 senyuman.

Ehem.siapa perasan yang hari ne dah 31 march.Alahai kejap je rasa bulan ne nak berlalu tak lama lagi.tak percaya cuba pegi tengok calendar and kata ala.dah nak masuk April.hehehe ! ^=^
Bulan ne memberi aku sejuta kenangan yang terindah dalam hidup ku.Aku bersyukur mengakat tangan serta berdoa kepadaNYA ;)

Banyak kenangan yang telah  mencorak hatiku berlaku pada bulan ne . So pada akhir bulan Mac nie aku nak cengithaaa kenangan yang terindah dalam hidupku , Antaranya ;

1# Pertengahan bulan ne merupakan satu peristiwa nombor dalam hidupku akan berubah.Umur aku telah meningkat setahun bukan dua tahun ye.Hikhikhik.Sebelum tibanya tarikh tu aku berdoakan supaya aku dicorakkan dengan kenangan yang terindah.

2#Bulan ne telah tunjuk yang aku pada tahun nie cukup untuk mengundi..HAHA.Baik aku akan mendaftar sebagai pengundi nanti.Insyallah.eh *wajib ye sara* ;)

3#Dimana seseorang yang pernah rapat dengan aku pada ketika dulu..kini telah kembali bersama.Aku bersyukur kepada ALLAH yang telah membuka HATI kami untuk seperti 5 tahun dulu.Alhamdullilah sekarang aku dan dia telah terbuka hati dan boleh berkoangsi apa sahaja dan aku berasa gembira ^=^

4# 15hb : Eh! woot..woot tarikh ne yang paling istimewa bagi aku.birthday aku yang ke -21 weyh ! muda lagi weyh . masih kecik tak tinggi-tinggi lagi . hikkss. alhamdullilah aku dapat banyak sangat hadiah dari abah mama abg and dapat wish dari kawan-kawan yang tersayang dan insan-insan yang aku sayang.terima kasih !

5 #16 hb : satu pertemuan yang tak dijangka telah berlaku dimana seorang kawan yang telah lama terpisah dan kini kembali bertemu kembali.Alhamdullilah kami kembali dengan kegembiraan dan aku dapat hadiah dari insan itu.terima kasih sangat..aku amat menghargainya kawan. =)

6 #Terima kasih Allah kerana mempertemukan perjanjian di antara aku dengan sang BFF aku Ekin.Yeayy dapat dating dengan die plus celebrate ala-ala gitu dengan die.hehe..dapat dating tengok wayang and yang paling best masa nak balik lepak dekat pantai sang BFF bagi aku supriseee hadiah..weee sukaaaa..thanks gilaa suka..thank taw Ekin my BFF :)


# Weee...sukaa dapat dating dengan Ekin.Thanks belanja wayang hari tu :)

# woot...lagi happy dapat hadiah ne dari Ekin..hehehe :)
Thank youuuu dear :)

7#bulan ne membuat hati yang kecil ne mula terbit rasa keinsafan.semoga aku kekal mengenal keinsafan sepanjang aku hidup di bumi ALLAH ne :)

8#Hati aku mula merasakan sesuatu yang paling terindah setelah kenangan-kenangan di atas memberi aku seribu kenangan.Alhamdullilah :)

9#Akhir sekali bulan ne telah membuka hati ne dengan luas untuk mendalami serta memperbetulkan apa yang telah ditetapkan olehALLAH dan aku mula membeli buku-buku untuk tingkatkan diri aku ne dari pelbagai segi.Daokan aku untuk berterusan begini sehingga akhir hayat okey !







Eh!Happy Birthday budak !

Assalamualaikum


Alhamdullilah aku mengangkat tangan dan berdoa kepada Allah kerana telah memanjangkan usia ku untuk meneruskan kehidupan yang telah ditetapkan olehnya..Amin Ya rabbal Al-Amin.

Setiap tahun akan munculnya bulan 3 iaitu bulan Mac dan akan muncul lah tarikh 15 Mac yang telah dihighlight oleh insan-insan yang aku teramat sayang.Alhamdullilah..

Bagi aku setiap tahun akan mempunyai satu perubahan yang kadang-kadang kita sendiri tidak dapat dijangka sama ada kan berlaku perkara yang amat terindah ataupun disebaliknya.Tapi sudah tentu setiap insan mahukan satu kenangan yang kan memberi 1000 kenangan dalam hidup mereka apabila munculnya tarikh yang tercatat bagi mereka.

Eh ! petang 14 march tu aku da dapat suprisee dari mama and abah.Wah mereka sangat pandai buat suprisee kali ne.Hikkkkss thummbss up..Yeayy masuk bilik tengok atas katil ada hadiah sebesar kotak kasut.Pergh..memang terus jerit nama mama and abah.diaorang suruh buka kotak tu and ternampak wahh ada Jeans and Blouse "I LOVE MY BOYFRIEND" from Forever 21.pergh gilaa suka !Thanks mama and abah :)
1# hadiah dari mama n abah :)

Tepat jam pukul 12.00 tgh malam aku dapat call dari si dia..Alahai berharap sangat dapat wishes and nyanyikan lagu tapi disebaliknya.Si dia suruh on lappy and si dia cakap ada someone ceroboh group kami.Hikss..bila buka lahai ternampak da special video dari si dia.Ada semua pic aku and wishes dalam versi korea.alahai nak je nangis masa tu.^_^ but im so thankful sebab buatkan suprise  and esoknya belanja western food and teman tengok wayang John Carter.hehe Thanks Dear.Love you.

Lepas tu,dapat call dari my sis Boo Wannie.Sis Wannie nyanyikan lagu happy birthday.woot..woot suka sangat.Lagi rasa nak nangis.Hehe..Thanks sis and sis da bagi present jugakk.:)) sukaa blouse tu tau sis.hehe :)


2# Blouse belang-belang tu sis wannie kasi..hikss :)

Esok tu dapat call and mesej yang sangat banyak.siap ada nyanyikan lagu..Thanks sangat.Yang  wish dekat Fb thanks sangat-sangat korang eh.hehe..rasa happy sangat..wishes dekat twitter..alahai terima kasih jugak eh..suka sangat..Tak sangka sangat ramai gila wish dekat aku..rasa syukur sangat-sangat. =)

Nak jugak thanks dekat bro aku sebab beli jugak hadiah dekat aku.hehe.die bawa aku and suruh pilih apa yang aku nak.hihihi..Ne lah saat yang aku suka.setahun sekali je . Semalam jugak lepas habis shopping dekat IKEA bro ajak aku pegi pilih apa yang nak dekat The Curve tu. hehe :)

3# hehe.dapat dua helai baju COTTON ON dari bro..Thanks Bro.
COTTON ON dah jadi fav dah bagi aku . Hehe :)

Eh ! aku dah umur 21 eh . dah boleh pergi register mengundi nanti. hehe.Alhamdullilah bila dah menjangkau umur 21 ne semuanya baik hendaknya dan bersyukur sangat.terlalu banyak perkara yang terindah berlaku dalam hidup aku :)

p/s:woot..woot..sorry lambat update for birthday sebab 3 hari beturut-turut celebrate birthday.Malam ne baru berpeluang nak update.Lepas ne busy dengan Semester Baru :)
Eh ! tunggu aku nak update lagi cacatan yang terindah aku bulan ne :)







Sukar terima !

Assalamualaikum

"Sukar untuk menerima apabila tibanya detik ini"
"Apabila detik yang bakal meninggalkan segala kenangan yang terindah bagiku"
"Cukup indah yang tidak dapat diungkap"
"Tapi masa tidak dapat diputar kembali seperti dulu"
"Perpisahan ini harus diterima dalam persahabatan yang sangat akrab"
"Aku di utara dan Engkau di Selatan"
"Ohh kawan semoga selamanya kita bersama seperti dulu walaupun kini berjauhan"
"Semoga engkau berjaya di dunia dan di Akhirat "
"Amin"

# i will miss youu budak sarawak :))


Wordless Wednesday #9 Suka CINTA !

:)

27 febuary

Assalamualaikum

Maaf..Maaf..Maaf..(okey dah macam nabil pulak) hihihi . Actually nak mintak maaf sebab lama tak update blog yang bghabuk nie . Hari ne baru habis final semester 4.Alhamdullilah dapat buat keempat2 paper untuk semester ini :Pengurusan strategikPenyelidikanOperasiPengurusan Perakaunan: . Amin. Yang lain berserah kepadaNYA.Okey..tu iklan dulu ye . sebenarnya nak update perkara yang sudah berzaman nie ne . cerita hujung bulan lepas . Hee . baru berpeluang nak update . Aku update lah ye . ;)


Okay nak buat simple entry to my GENDUT ! (opppsss) eh . to my super duper LOVE . Mr Azarul Azuan. Birthday yang jatuh pada 27 Feb yang lepas . Hee date yang aku tengah pulun for 1st paper . Tepat pukul 12 tengah malam sempat buat simple suprise bagi die dengar birthday song on phone . Wahh . .terharu kot die time tuh . .Dah jauh mcam gituh je lah untuk bagi someone happy on his special day . Lepas tu suruh die tunggu kejap nak bagi second suprise . Hee . Die dapat special video from me . Hope you like it okay love and keep it ! Wah dah dua dah suprisee tu . ada ke suprise yang ketiga?? Tunggu ya ;)

#taksabarnak jumpa  :)

Good Luck Budak !

Assalamualaikum


is listening to : More - Usher

Ehem dah lama dah aku tak update blog nie eh . Haissyy. aku busy je sekarang . macam-macam berlaku sekarang ini dan sebab tu lah menyebabkan kesibukan itu datang .Haish..tambah2 sekarang aku tengah busy dengan business aku and cousin aku dekat MG COLLECTIONS.Alhamdullilah semua berjalan dengan lancar.Eh.korang kalau yang belum add MG COLLECTIONS ne jom lah LIKE dekat situ MG COLLECTIONS eh.Kalau dah LIKE boleh lah shopping eh.hehe..woot..woot :)

Bukan busy tu je . sekarang aku busy dengan perkara yang lagi penting . Next week aku dah start FINAL EXAM SEMESTER 4 ! Wahh . kejap je rasa dah final padahal hari itu baru je mid-term . kejap je kan masa berlalu . Now tengah bertungkus-lumus nie ha study . dan tengah kurangkan menguap . HAHA. kurangkan ber-0n9 and kalau on9 pun just check inbox order. Insyallah aku akan berusaha untuk buat yang terbaik . siang malam aku berjaga tapi apa-apa pun tido mesti cukup ye . (awek muda) HAHA . Exam aku berjalan dari 28/2-7/2 . Ahakkss . serammm tengok tarikh tu . Insyallah aku akan berusaha selagi boleh . Doakan ye :) 


# Semoga ALLAH S.W.T mempermudahkan urusanku sepanjang minggu Final.Semoga ALLAH S.W.T memberkati apa yang aku pelajari.Amin Ya Robbi Al-Amin :)

Wordless Wednesday #7Aku Ingin Begini =D

Oyeahh..Ulat Buku bukan Ulat Beluncas !

Asslamualaikum

Eh..eh..nak bisik sikit dekat speaker lappy nie.Voucher yang RM 200 tu bila boleh dapat eh?eh dapat boleh ambil eh dekat lecturer?Eh..asal kena beratur panjang nie nak amik voucher nie?alahai..*mengeluh*..eh..voucher dah dapat nak beli buku ape eh?kita ne dah nak habis study nak beli buku apa?Buku pun beli dekat lecturer..nak beli ape? ahh! itu semua pertanyaan persoalan yang terpekik dekat telinga aku nie..macam mana tu macam mana nie. HAHA Life student begitulah.ada benda free mesti tak sabar.macam aku jugak.hehe.Eh..sebelum itu dah ucap terima kasih ke dekat kerajaan bagi kita voucher free.hihi..Wah lepas ne orang ramai mesti serbuuu MPH.POPULAR.BORDERS kan and semua lepas ne jadi ulat buku.hikkss :)

Terima Kasih Ya !
*pfftttt; dah ucap dah nie..hikss ;D

Apa aku buat dengan Voucher tu?
Shopping buku pe je?
Dah guna semua ke?
HAHAHA..



pftttt : dekat atas tu lah antara buku and stationary yang aku grab dekat MPH bukan POPULAR atau BORDERS.nampak Novel je kan.hikkkss=-=

Sebab aku beli buku yang xtahu bila nak baca :

1# Doktor Cinta 
:Buku ne yang aku cari sangat and ingat dah habis stok..last2 jumpe jugak just tinggal satu nie je.Buku ini aku tau best sebab kawan aku Ekin kata asyik best bila baca.Hehe..Aku pun grab la..Nak beli sebelum ne tapi sayang duit.Ne dah dapat FREE grap je ok.Hehe

2#Gemersik Kalbu
 : Novel ne sebab penangan cerita dekat tv 3 tu.Aku tak dapat pun nak ikut cerita yang mereka cakap sangat best.So aku kena grab la novel ne sebab nak tau jugak feel cerita ne macam mereka-mereka feel..wee..ohh..Gemersik Kalbu ! 

3#Kan Ku Kejar Cinta Kamu
: Novel ne pulak sebab pe aku beli sebab dekat MPH tu dialah paling tinggi.haha..dalam fikir Stok baru lah ne.Hikss.lagi satu sebab sebelum nak beli novel aku da buat request  kawan dekat fb novel pe yg latest and yang best..and da sorang kawan fb nie cakap novel karya Fauziah Ashari nie sangat best.and da juga ri tu aku tanya pendapat sis wanie die pun cakap best sebb die teror pilih novel dari aku even rumah aku penuh dengan novel.hehe*peace*

4# Stationary
:Aku grab examination pad yang packet tebal2 and dua pen je.hehe.persediaan untuk Final nanti and untuk lagi 2 sem..woot..woot..risaunya Final nanti.. =-=

#ada jugak aku belanja kak nana and wanie masa singgah MPH Subang parade and suruh diaorg pilih buku pe yang nak.hehe..rasanya novel for kak nana and wanie die grab komik cinta..wee..Voucher RM 100 aku dah habis kan and da lagi RM 100.Yang voucher dua tu lagi aku nak beli dekat parents aku bila balik penang nanti sebab mama and abah cakap diaorang nak buku jugak.Tunggu ya nanti balik eh..hehe :)


# Ne buku yang parents aku nak..nanti kita beli ye..hehe :))

pftttt: hey kalau dah jadi ulat buku novel jangan lupa jadi ulat buku study !! peringatan untuk diri sendiri.













Awak,Saya & Febuari

Assalamualaikum..

Salam sabtu.wah. hari ini hari minggu duduk hostel je kan tak pergi mana pun.selalu nya mesti jumaat dah balik klang and kalau tak pergi amek stok dekat KL.tapi minggu tak pergi mana sebab perlu siapkan assiggment yang perlu dihantar isnin nie.ohh acc tolong mudahkan kerjaku.ya aku mengaku aku tak teror acc tapi kalau kita tak cuba macam mana nak berjaya kan.haha..amin kan tangan sama-sama.amin.ok stop aku nak merepek.=-=


# hey febuary sayasayangkamu :)

Febuary.Eh kejap je sekarang dah dekat pertengahan feb. cepatnya masa berlalu..sekarang makin besar aku nie makin cepat je masa datang dan berlalu sepantas kilat.hukhuk.Bulan nie da dua tarikh perkara penting dalam diary feb aku.



1#eh.bulan nie bulan birthday awak kan.even dekat hujung bulan tapi xtau nape saye rase excited sgt.hehe..tapi mase tu kita jauh kan.huhu..tapi saya pulak rasa tak sabar.hehe..woot..woot tak sabar lah awak.

2#waa..bulan nie aku dah start FINAL EXAM semester 4..eh lagi satu final exam aku sama date jugak ngan birthday si dia..whoaaa...cabaran ini . haha..tapi dari sekarang aku dah kena mula study(woot study lah sgt..hikhik)..yeaaahh tolong beri semangat dekat aku supaya aku study dengan jayanya..nak jugak..hehe..Doakan aku supaya aku nie rajin buka mata hingga lewat malam. ;p

:ok..itu saje..kalo rasa aku merepek pun layan je eh..hehe..peace :) :

Honeymoon di BUMI HELANG !

Assalamualaikum.

is listening to: Fire to the rain-adele (sambil makan coklat kisses + daim)

Lately aku dah lama gila tak update blog.bukan tak nak tapi aku tiada masa.busy.Ohh..abaikan itu.Eh nak tau tak aku minggu lepas pergi honeymoon dengan family-family tercinta dekat LANGKAWI.Aku orang yang excited sangat sebab nak borong chocolate banyak-banyak.woot..wooott jangan jelez ye aku borong banyak coklat kisses,daim.tablorone and da lagi malas nk mention takut nanti korang teliur.hehe..Habis duit abah bagi dekat aku beli coklat je and beli baju I LOVE LANGKAWI(first time ok beli baju nama tempat) sebelum nie xde pun nak beli baju cegittu.hikhik.and da lah sikit beli ole-ole dekar kawan-kawan.hikhik..Thanks Abah and Mama !


# wahh..aku bertopi ala-ala tepi pantai.nie masa dekat Telaga Air Panas..yeaahh memang panas .

Dekat sana 3 hari sangat have fun.pegi jalan sana sini.penat pun dah lupa.hehehe.Yang best tengok family semua shopping itu ini..itu lah perkara wajib kalau pergi langkawi kan.shopping and shopping.Pengalaman naik feri pun best boleh tengok pulau-pulau yang ada namanya tersendiri.Sampai sekarang aku hanya ingat satu pulau je namanya Pulau Dayang Bunting.Nasib aku masa tu tak mabuk laut macam kecik-kecik.hikhikhik..

Nie da pic aku tunjuk aku ber'langkawi' : woot..woot..


2# wee...with mama and abah..thanks sebab datang jugak.:)


3# with boo wanie..comel tak pakai topi..ala-ala di phuket tapi masa nie dekat Makam Mahsuri.


3# mak and bapa saya :)
Sweet kan :)


4# kak nana,abg chem and baby hadif..Thanks k.nana ajak fatin ye..hehe


5# ini fav place aku pantai chenang ! i miss youuu Pantai Chenang ! ini masa before nak balik nak tunggu feri :)


6# tempat wajib ! :D

wwoot wooot..nak tengok pic lain tengok dekat fb aku yer..peace :)

p/s : Bye bye Langkawi.Tunggu aku ada duit banyak aku datang lagi..hehe 









Lama membisu !

Assalamualaikum.

Minta maaf kalau aku banyak membisu.
Membisu aku ada sebab.
Membisu aku untuk menyembuhkanku.
Aku tak boleh nak bercakap banyak.
Aku tak punya tenaga.Hilang.
Aku tak boleh nak berketawa bagai.
Nanti lagi parah aku rasa.
Sakit aku rasai.Sakit tekak ku.Perit.
Malam ku tak nyenyak.
Seringkali terjaga.
Pil.Ubat cap ibu dan anak.strepsil.segala pil yang lain semua aku dah telan.
Tapi macam ni jugak aku.
Besarnya Dugaan ALLAH kepadaku.
Tapi aku perlu kuat.kuat menghadapi Dugaan dariNYA..
Satu perlu aku ingat,
SAKIT itu PENGHAPUS DOSA.


# Nie masa aku dalam keadaan demam..tapi aku masih boleh senyum untuk tutup kesakitan yang aku rasa 
=-=






Sihat Santai..Mentor Mentee :) gila suka !

Assalamualaikum...

Hey sihat ke you alls ?
Sebenarnya hari-hari memang nak update blog tapi i have no idea! *blurr*
Minggu lepas busy dengan mid-sem..ouh..alhamdullilah dah jawab semua paper even aku tetap kesian dekat dua orang kawan aku diaorang silap masa masa paper akaun.Sabar ye korang ! . =-=  Fokus on our final okey ? 

ohhh..tapi minggu nie aku tersangat teruja sebab ada program mentor-mentee ! Weyh sumpah aku suka.Program mentor mentee nie macam program diantara student dengan lecturer.Aku dah lama nak sangat plan dengan mentor buat aktiviti macam nie.Tengok-tengok mentor ajak meeting cakap nak buat aktiviti "Sihat Santai".Ok lah tu kan..ada jugak aktiviti aku nie sabtu and ahad dari duduk dekat rumah tak buat apa.hehe..Best la terasa macam aku time zaman sekolah bagun pagi-pagi..pakai track-suit,tudung bawal putih,kasut sport and pada hari tu memang aku macam budak sekolah ok ! HAHA..muda giteww ;p

Aktiviti pun aktiviti yang happening..boleh ketawa-ketawa.kotorkan baju bermandikan tepung,makan tepung..eww..aku geli tepung terus bila tepung masuk mulut aku carilah air..hikhikhik...main belon dalam air and baling2..duduk dalam group selesaikan kertas jdikan beg.weyh..sumpah macam zaman sekolah dulu tau . *mood rindu zaman sekolah*. yang paling best dapat meet kawan baru dari mentee lecturer lain..hehe..diaorang sporting habis macam dah kenal lama kot...cayalah korang ! Hope next time jumpa lagi ye..hehe :)

Bosan  kan kalau baca takde picture..nah aku tunjuk eh :


1# WAJIB ! tuan punya blog semangat sukan !
Turun 4 KG ker ? HAHA


2# Shima with Mar :)
Jog jugak..keje gelak je kite nie kan..
haha ;p

3# Yeayyyy..mentor saya and menteenya semangat mula nak jogging ;p
Kuruskan badan semuaaa!oyeeahh..oyeaahh.. Hehehe


4# our group !! oyeeeahh..menang no 1 dari belakang okey ! HAHA



5# ala..strecthing boleh ada dekat bawah pulak..hehe..
;p


6#Oyeaaahh..Sihat Santai Team Mentor-Mentee :)

Jom KLIK,LIKE,SHOPPING !

Assalamualaikum


Hey Gadis-Gadis yang gila fashion kat luar sana jom KLIK,LIKE,SHOPPING 
Baru ditubuhkan minggu lepas oleh Owner Boo Wannie :) 
Me as a Assistant of MG Collections :)
Korang boleh shopping macam-macam dekat sini.tak payah nak pergi keluar sesak jalan raya kat luar sana tu..hikhik..
MG Collection ada macam-macam yang boleh buat korang rambang mata bagi yang betul-betul gila fashion okey..hikhik..

MG Collection Provide :
BLOUSE(NEW TREND) 
ELEGANT HODDY(COLOURFUL)
SKIRT
WAKA-WAKA TRENDY
BELT
SHAWL SQUARE 2 PATTERNS (NEW ARRIVAL)

p/s: If you all wanna make order please KLIK,LIKE and FOLLOW the instruction at MG COLLECTIONS .
Thanks Guys .
HAPPY SHOPPING =)







Happy Belated Birthday Eyqa !


Cake untuk Eyqa..amik la..akak buat special..hehe ;p


Sorry if card bithday tak cantik..tak kreatif sangat lah awak.hihik 

Eh..baju saya pun macam kek saya bagi dekat awak..hehe
----------------------------------------
  Hye awak Eyqa Haziqah
Happy Birthday awak.
Entry ini simple je awak..hehe
Hope Awak Suka..
Kalau tak suka pun, kena suka ye.. =p
Anyway sorry lambat wish sebab akak busy exam..takde gap langsung...
Ini baru habis exam..=-=
Akak doakan eyqa panjang umur..murah rezeki..dan paling penting eyqa jangan sakit-sakit tau..jaga kesihan tu penting...hehe :))
Ini tahun last eyqa umur "belas-belas"..hikhik..
Enjoy your day and always happy ok dear :))

Doa Permudahkan Urusan Untukku

Assalamualaikum




اللَّهُمَّ لا سَهلَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً ، وَ أَنْتَ تَجْعَلُ الْحُزْنَ إِذَا شِئْتَ سَهْلاً

Maksudnya : “ Wahai Tuhanku , tiada kemudahan melainkan apa yang Engkau jadikan mudah 

dan perkara yang susah boleh Engkau jadikan mudah , apabila Engkau mengkehendakinya”


                                                                                                    Thanks Boo Wanie :)

Dear friend N.A !

Assalamualaikum

Dear N.A ;)


Hari nie dah 3 Januari 2012. Kejap je kan rasa masa berlalu. bagi bulan pertama tahun 2012 nie ada satu tarikh yang sentiasa melekat dalam fikiran aku. Birthday N.A. Selamat Hari Jadi Awak :)
Aku harap kau baca lah blog aku tak seberapa ini.Kalau kau tak baca pun takpa sebab aku mungkin dah tak ada dalam fikiran kau kan.takpa aku tak kisah.takpa kalau kau lupa aku buat selamanya.Tapi walau ribut taufan mana pun berlaku kau tetap kawan aku sampai bila-bila.Kawan sampai akhirat.Aku tak punya musuh.aku tak suka bermusuh.itu aku.Aku tak punya kekuatan untuk wish kau dekat fb kau sebab mungkin kau akan ignore.Aku just tulis dekat wall aku Happy Birthday.
 Selepas kejadian hari itu,aku dan kau tak contact langsung kan.aku tau kau marah sangat dengan aku.sampai kau macam hina aku dekat yang lain..takpa aku tak kisah.biar kau bahagia di sana.aku sentiasa berdoa yang baik untuk kau wahai kawan.Insyallah.Mungkin tanpa aku kau bahagia.Aku doakan kau sentiasa bahagia dengan kawan-kawan kau yang sangat ramai itu.hope kau happy senantiasa.Amin:)
Dulu kita pernah berjanji bila tiba birthday kita kan..aku nak kasi hadiah..kita nak da baju yang sama-sama..kita nak yang itu nak ini..semua happy je kan,.itu semua aku dah plan tapi lepas kejadian hari itu aku tak punya kekuatan yang kuat nak buat semua tu sebab engkau mungkin tak akan terima dan mungkin kau dah tak kenal aku.Takpe.Yang penting kau bahagia.Biar aku simpan itu semua dalam hati.Aku juga da ternampak kau sambut bersama kawan-kawan kau.aku tumpang gembira sebab kau bahagia.Even kau tak anggap aku ini kawan or sahabat bff kau yang selalu kau ungkapkan dulu tapi aku tetap anggap kau kawan aku.Aku tak punya hak nak kongkong kau.Semoga kau bahagia kawan.
Happy Birthday 21.
Semoga panjang umur murah rezeki
Sihat senantiasa.
Moga bahagia.
:) Salam

Bye History , Hey New Diary

Assalamualaikum

Hellorrrrrr 
|
|
|
|


Simple wishes macam pic dekat atas . comel tak no tu? hehe . yang sebelah aku tu super cousin aku 
Boo Wannie. seorang gila fashion okey. comel kan die . Semalam kitaorang mengedik sambut New Year 2012. .Main bunga api sama-sama.Lagi best sambut berdua dari pegi I-City yang memang terang akan sesak.Whaaoo !! buat pening kepala je kan.Kalau yang sambut dekat rumah macam aku sepp sikit.
Azam ? Aku punya azam baru tapi azam aku biar diri aku sendiri yang tahu and simpan.Hehe :)
And yang paling best insyallah this is MY FINAL YEAR! Insyallah.Doakan ye kawan-kawan.Sayang korang :))

#Tahun 2012 tahun yang mungkin tahun yang sangat bermakna bagi aku.Insyallah.Nak tahu? Tunggu posting aku sepanjang 2012 okey .

Okeylah.anyway permulaan tahun baru ini saya mid semester in 3 JANUARI 2012 . Next week. Pray for me ya .

"Tutup Buku Lama Buka Buku Baru"
"Tutup Dengki Lama Buka Hidup Baru"